Assalamualaikum..Thanks for visit my blog. Let's read, understand, thoroughly, accept and do commented (^_^)v ,,KikiLalaWengWeng

09 January 2013

Sejenak bersama mereka

Untuk kali yang terakhir nya bagi sem nie, usrah special dibuat bersama sahabat-sahabat. Banyak pengisian yang ana peroleh. Dari satu slot beralih ke satu slot. Masha Allah, Subahanallah Alhamdulillah Allahu Akhbar tak terkata, macam-macam benda yang ana dapat.

Slot pertama (1)
Pengisian oleh saudari sahabat...




Makanan ruh??
Subhanallah, ruh pon kena makan? Makan apa? Kalau manusia yela makan nasi, makanan western, makanan timur asia tenggara bagai, kalau ruh nak makan apa? Berat-berat. Owh rupanya ruh pon kena makan jugak. Makanan paling special, kalau tak da makanan nie tak dapat la nak laksanakan perjuangan Islam kat muka bumi nie. Apa makanannya?

Ha meh sini nak kasi tau sikit, Al kisahnya, kalau kita nak buat kerja tapi dalam masa yang sama kita lapar, so nak buat kerja tu tak fokus sangat la kan, jadi makan dulu. Sama juga macam rohani kita ruh kita, dia pon sangat lapar dan dahagakan makanan, kita dalam nak buat kerja Islam nie kalau tak cukup persediaan atau tak cukup perlaksanaan, ingat mampu ke nak memperjuangakan Islam, tak mungkin..

So. the main point yang ana nak cakap ruh kita nie Sangat memerlukan PENGISIAN. Jadi tu la makanan yang perlu kita bagi hari-hari untuk ruh kita supaya kita yang nak menggerakkan  perjuangan Islam nie mampu berdiri megah & lancar tutur kata, tak da takot-takot punya bila berhadapan musuh yang nyata. 

Slot kedua (2)
Tadabbur



Apa tu tadabbur, mesti ada yang tak tau kan. Sama la ana dulu pon blur-blur. Kalau tadarus tu tau la jugak mangaji ramai-ramai. Erm meh nak gitau, kalau ada ilmu tak baik simpan-simpan, kena kongsi TAPI maaf kalau ada salah, jangan segan silu menegur ye. Ana budak baru belajar, jadi tolong tunjukkan kalau ada salah & silap.

Okeh, TADABBUR. Apa yang ana tau la, dari Mr Google jugak la nie cakap tadabbur tu kita merenung dan memahami secara menyeluruh untuk mengetahui maksud dan makna sesuatu ungkapan secara lebih mendalam. Maksudnya, kita merenung, kita faham maksud ayat al-Quran yang kita baca tu dengan lebih jelas supaya kita dapat input yang bermanfaat yang boleh digunakan bersama. Macam kita kaji semula ayat al_Quran yang kita baca tu. Ok kalau ada penambahan sila jangan segan topup la kat ana nie agar kita dapat kongsi bersama.

Tadabbur untuk malam nie ialah surah Ali-Imran ayat 108.
Maksudnya " Itulah ayat-ayat Allah yang Kami bacakan kepada kamu dengan benar, dan Allah tidaklah berkehendak menzalimi (siapa pun) di seluruh alam."

Ayat nie mengajak kita untuk lebih yakin dengan Allah, apa yang Allah bagi kat kita ujian bertimpa-tibpa sekalipun, tu semua selari dengan kemampuan yang kita miliki


Slot ketiga (3)
Perkongsian oleh beberapa saudari sahabat...



Rupanya ada sahabat-sahabat kita yang masih belum kita kenal betul-betul. Harapkan nama je sahabat, tapi belum habis ta'arufnya. Termasuk ana la ye. hehe. tapi betul la kata beberapa orang sahabat, ta'aaruf tu sampai bila-bila pon tak akan habis sebabnya setiap orang ada kisah masing-masing yang kalau bagitau dalam satu malam pon belum tentu habisnya. kan.

So dalam slot nie rupanya baru ana tahu ada sahabat nie tak suka macam tu ada sahabat nie tak suka macam nie, yela walaupon sebelum nie dah berta'aruf tapi tak semua sempat nak dikongsi. hehe. So kenalilah sahabat anda. Manis ukhwah nie. Nak cakap pasal ukhwah pulak ada banyak versi, lain kali lain versi ana cerita ye. Al maklum la, nak berblog nie kena ada mood, baru banyak cerita boleh kongsi..Sebab ana dapat tahu ada seorang sahabat nie komplen, cuba la kalau berblog tu tulis benda berilmiah sikit nie tak habis-habis hal peribadi juga yang nak diceritakan (lebih gitulah ayatnya: manipulasi sikit).Allah, ana tak pandai nak karang-karang nie ilmu pon masih cetek, so slow-slow ye sahabat. :)

Slot ke-3 nie panjang sebenarnya, tapi tu je lah yang termampu kot. Asif.

Slot ketiga (4)
Kudapan malam...



Cewah, kudapan malam. Kudap la sangat. Alhamdulillah kenyang. Syukran sahabat yang sudi sediakan makanan. Bertuah tak makan nasi hari nie. Hehe. Sedap-sedap. Tapi dalam duk makan tu jangan lupa kawan-kawan sahabat-sahabat yang tak dapat makan.

Noted : Sebenarnya ana ada penambahan sikit kat slot ke3 tu, tapi tu nanti-nanti la ana update lagi k..Banyak point dah nie. nanti bosan baca. Hehe

Pertanyaan persoalan??? : 
  1. Ana tak pasti kalau-kalau ada sahabat ana yang baca blog nie tiba-tiba hairan dan jadi pelik sebab tengok ana bahasakan diri ana sebagai ana. Maaf la sahabat ana cuba nak belajar bahasa Arab nie.hehe Sikit-skit lama-lama jadi bukit. kan.
  2. Usrah tu apa? Nanti-nanti ana cerita lagi k.Ya Allah banyaknya cerita ana nak kongsi. (bila mood mengunung).
  3. Ada apa-apa lagi just direct tanya k. takot terover load.
So  selesai satu perkongsian yang tak seberapa ana kira. Tunggu next perkongsian..

Assalamualaikum.



No comments:

Post a Comment