untuk kesedaran kita bersama :
Jawapan Jibril ketika ditanya Nabi Muhammad s.a.w.........
"Ketahuilah wahai Muahmmad, setelah Jahanam selesai diciptakan, Allah kemudian menyalakan seribu tahun lamanya sampai api di neraka itu berwarna merah. Selanjutnya dinyalakan kembali selama seribu tahun sampai api menjadi berwarna putih dan ditambah seribu tahun lagi sehingga menjadi warna hitam,gelap...Sejak itu, api tersebut sentiasa dinyalakan dan tidak pernah dipadam walau sekejap. Demi Allah, jika terjadi kebocoran sebesar lubang jarum shj, pasti penghuni dunia musnah terbakar dan hangus akibat panas ner
aka itu. Demi Allah jika pakaian penghuni neraka ditanggalkan antara langit dan bumi,pasti seluruh isi dunia menjadi terbakar. Demi Allah jika satu rantai neraka diletakkan di atas bukit, pasti bukit itu meleleh hingga ke dasar bumi. demi Allah jika seseorang disiksa di kutub barat,pasti penghuni kutub timur menjadi hangus kerana panasnya. Neraka Jahanam itu sangat dalam dan dihiasi besi, air bercampur nanah sebagai minuman untuk penghuninya. di sana terdapat tujuh pintu, masing-masing mempunyai bahagian tertentu dari lelaki dan wanita..."
"Pintu yang ketujuh akan dimasuki umatmu. Meraka itu terdiri daripada orang-orang yang membuat dosa besar, bermaksiat kepada Allah, enggan menjalankan sembahyang tetapi mereka tidak mahu bertaubat sampai ajal menjemput".
Setalah mendengar perkhabaran dari Jibril, Rasulullah pengsan tiba-tiba. Baginda menangis selama tiga hari. Bukan hanya Baginda malah sahabat-sahabat seperti Abu Bakar, Umar, Salman dan Fatimah kerana takut neraka Allah yang amat dasyat... oleh itu kawan-kawan.. adakah kita juga akan menjadi salah seorang penghuninya???
Muhasahlah diri kita sementara masih ada waktu. Selagi nyawa belum sampai di kerongkong, sebelum Malaikat Izrail datang menjemput.....