Assalamualaikum..Thanks for visit my blog. Let's read, understand, thoroughly, accept and do commented (^_^)v ,,KikiLalaWengWeng

26 February 2010

INGATKAH KITA???



Adakah anda masih ingat atas dasar apa kewujudan kita??....

Kita manusia, khalifah yang diwujudkan dimuka bumi ini agar kita sentiasa ingat,taat dan takut kepada pencipta kita iaitu Allah SWT..Mungkin ramai antara kita yang makin alpa dan tenggelam dengan duniawi...
Sedarkah kita bahawa kematian semakin menghampiri???
Sedarkah kita bahawa kita hanya menumpang di dunia ini untuk sementara waktu?.Mungkin ada yang sedar dan ada yang terus leka...leka dibuai mimpi indah dunia yang hanya untuk sementara. Semakin hari semakin banyak yang kita dengar,lihat tentang anak-anak remaja dengan gejala sosial yang makin menjadi-jadi..


Tak kurang juga dengan orang dewasa yang semakin tidak berperikemanusiaan yang boleh dikatakan mempunyai sifat
seperti binatang. Seperti yang kita ketahui memeng ramai antara kita yang pernah membuat sila , samada kecil atau
besar. TApi pernahkah terlintas untuk kita kembali ke jalan yang benar, jalan yang membuka pintu-pintu hati kita agar sentiasa memohon ampun dan taubat agar dosa-dosa kita diampunkan olehNya.. Marilah sama-sama kita berubah bersempena dengan maulidur rasul ini. Umat yang disayangi Rsulullah ialah umat yang taat perintah Allah..Bersamalah kita menginsafi diri kita.