Assalamualaikum..Thanks for visit my blog. Let's read, understand, thoroughly, accept and do commented (^_^)v ,,KikiLalaWengWeng

05 January 2013

1st in January 2013



Assalamualaikum...

Ya Allah kesian blog terchenta, dah berhabuk, kesian-kesian.. So jom ikut saya kemas-kemas blog nie.

Al-kisah bermula

Pejam celik pejam celik dah masuk tahun 2013, maksudnya umurku dah hampir menjangkau 23 tahun.Subhanallah, tiba-tiba teringat pesanan seorang sahabat yang dia bagi masa besday yang lepas.. Dia cakap gini,

"Assalamualaikum..
Apa kabar iman anda?adakah meningkat seiring dengan peningkatan umur kita. Atau menurun seperti mana turun gugurnya rambut kita. Alhamdulillah pada tahun ini Allah telah mengenapkan umur anda. Tetapi sedarkah umur yang sedang meningkatitu melambangkan apa?

Moga dengan peningkatan umur ketika ini jadi titik tolak kepada kita untuk lebih beramal untuk ke hari akhirat kelak. "untuk ke akhirat mesti selalu dunia" kata seorang sahabat kepadaku. Moga masa yang berbaki ini dapat di manfaatkan dengan sebaiknya, jangan harapkan hadiah dari kawan2 tetapi dambakanlah nasihat yang berguna kelak! Ini sahaja mampu ku berikan padamu. Salam ulang tahun!!

Ibnu Mas'ud berkata,"perkara yang paling sedih bila tibanya tahun baru adalah umurku bertambah tetapi amalanku tidak bertambah..."

"Jadilah muslim yang sempurna, kerana kita manusia yang berakal"

Sesungguhnya nasihat itu adalah merupakan sedekah yang lebih besar manfaatnya drpd harta benda. Wajib bg seseorang mukmin menasihati sahabatnya demi Allah dan Rasul.
CONGRATE!"


Erm ada mesej yang perlu saya laksanakan...Umur meningkat, tapi amalan, Iman bagaimana? Astagfirullahala'zim. Betul, sehingga kehari ini tak dinafikan memang amalan & Imanku tidak begitu stabil, kadang-kadang naik kadang-kadang turun..
Mujur ada sahabat yang sering memberi teguran dan peringatan atas kealpaan diri ini. Mereka selalu pesan,

1. Cuba check balik diri antara kita dengan yang Maha Pencipta
2. Selalulah bersolat jemaah
3. Ukhwah kita dengan sahabat-sahabat kena jaga
4. Jaga pengurusan masa jangan leka dengan benda sia-sia
5. Makanan rohani jangan tinggalkan (usrah/pengisian untuk hati)


Ada juga sahabat yang bagi pesanan "Kalau kita tak boleh buat semua sekurangnya kita buat sedikit"
Terima kasih buat semua sahabat.Ana sayang antum/na semua.

So, semuanya atas diri kita sama ada nak buat atau abaikan.
Maafkan ana sahabat andai diri ini telah banyak menyusahkan diri kalian.Asif.. (^___^)

No comments:

Post a Comment